KEMPEN KORBAN DI BUMI ANBIA KINI DILANCARKAN​

Korban di Bumi Anbia adalah salah satu projek bantuan utama Aman Palestin untuk disalurkan kepada saudara Islam kita di Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman yang memerlukan serta layak menerima bantuan daging korban.

 

Peluang Untuk Merasai Manfaat Membuat Ibadah di Bumi Para Nabi

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”

RIWAYAT TIRMIZI
IBNU MAJAH DAN HAKIM

Agihan Ibadah Korban di Bumi Anbia

Aman Palestin berpengalaman lebih 16 tahun menjalankan ibadah korban di Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman. Daging korban akan diagihkan kepada rakyat miskin dan mangsa peperangan di Bumi Anbia.

Palestin (Gaza, Tebing Barat, Al-Quds)
Kem Pelarian Syria di Lubnan
Yaman
Daging Sejuk Beku (Palestin & Syria)
Syria

Pengurusan Ibadah Korban Yang Telus & Amanah

Laksanakan tuntutan korban kepada yang memerlukan di Bumi Anbia dengan yakin tanpa rasa ragu-ragu.

Laporan Agihan Ibadah Korban di Bumi Anbia

Video Proses & Agihan Korban di Bumi Anbia

Kongsi Kegembiraan, Ringankan Beban

Jom bersama kita kongsikan kegembiraan dengan saudara kita di Palestin, Syria & Yaman. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban mereka di sana.

Penyertaan

Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.

Sumbangan Bulanan

Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.