KORBAN DI BUMI ANBIA

Nabi SAW bersabda: “Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”

(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

 

Penerangan mengenai Kempen

Korban di Bumi Anbia adalah salah satu projek bantuan utama Aman Palestin untuk disalurkan kepada rakyat Palestin, Syria, Lubnan dan Yaman yang memerlukan serta layak menerima bantuan daging korban. Lebih 16 tahun Aman Palestin berpengalaman dalam menjalankan ibadah korban di Palestin, Syria, Lubnan & Yaman. Kempen bantuan ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada individu untuk merasai manfaat membuat ibadah bagi umat Islam di bumi para Nabi. Manfaat utama adalah berkongsi rezeki daging korban pada Hari Raya Aidilfitri buat mereka yang hanya dapat merasai daging setahun sekali.

Agihan Ibadah Korban di Bumi Anbiya meliputi negara-negara berikut:

Palestin (Gaza, Tebing Barat, Al-Quds)
Kem Pelarian Syria di Lubnan
Yaman
Daging Sejuk Beku (Palestin & Syria)
Syria

 

Laporan Agihan Ibadah Korban di Bumi Anbiya 2021:

 

Video Proses & Agihan Ibadah Korban di Bumi Anbiya

Penyertaan

Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.

Sumbangan Bulanan

Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.