Di dalam kempen Korban di Bumi Anbia, Aman Palestin dengan kerjasama Kelab Perwira Malaysia, membuka ruang kepada semua untuk melaksanakan ibadah korban di dalam Malaysia.
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”
RIWAYAT TIRMIZI
IBNU MAJAH DAN HAKIM
Aman Palestin berpengalaman lebih 16 tahun menjalankan ibadah korban di luar negara termasuklah Malaysia. Daging korban akan diagihkan kepada para asnaf dan mereka yang memerlukan dengan sasaran penerima ke seluruh negara.
Laksanakan tuntutan korban kepada yang memerlukan dengan yakin tanpa rasa ragu-ragu.
Jom bersama kita kongsikan kegembiraan dengan saudara kita. Semoga dengan sumbangan daripada anda semua dapat meringankan beban mereka.
Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.
Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.