PROJEK AIR BERSIH SYRIA​

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membeli Telaga al-Rumah (Telaga Uthman) ini dan mewakafkan airnya kepada orang Muslim, dia akan diberi pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga.”

(HR Bukhari)

PROJEK PEMBINAAN TELAGA AIR BERSIH DI JARABLUS, SYRIA

SASARAN : RM 2,250,000 juta di perlukan !

Projek saham pelaburan akhirat ini membekalkan air bersih dimana air akan diambil dari Sungai Furat dan diproses. Kemudian barulah disalurkan kepada penduduk, tanaman dan ternakan di Jarablus Syria.

Untuk makluman tambahan, ini merupakan projek keempat pembekalan air di Syria.

Kejayaan 3 buah Projek Telaga dan Tangki Air sebelum ini

 

Ayuh bersama menghimpunkan diri dalam melakukan kebaikan. Semoga dalam tangis ada yang sudi menghulur senyuman. Semoga dalam lapar ada yang sudi mengenyangkan. Semoga dalam dahaga ada yang sudi melegakan.