RAMADAN AFRIKA
Benua Afrika adalah benua termiskin di dunia. Dianggarkan 43% rakyat Afrika hidup dalam kemiskinan. Faktor kemiskinan yang ketara menjadi sebab kepada masalah-masalah lain seperti tahap kesihatan dan peluang mendapat pendidikan yang rendah.
Daripada keseluruhan populasi benua Afrika, dianggarkan hanya 31.4% sahaja beragama Islam, manakala yang lain beragama Kristian atau agama nenek moyang mereka. Di kebanyakan negara Afrika, umat Islam adalah golongan minoriti. Aman Palestin dengan kerjasama Insaf Insani telah melancarkan Kempen Ramadan Afrika Insaf Insani 1444H. Kempen ini merangkumi:
1. Agihan kotak bekalan makanan asasi.
🔘 Mengandungi tepung, gula, minyak masak dan pek kurma.
2. Majlis iftar bagi umat Islam yang berpuasa.
🔘 Set hidangan lengkap bernutrisi merangkumi sumber karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt dan air mineral.
3. Sumbangan baju raya untuk kanak-kanak.
🔘 Set pakaian baru untuk dipakai oleh golongan kanak-kanak sepanjang bulan Syawal.
Rasulullah SAW bersabda:
“Mana-mana Muslim yang memberi pakaian kepada orang Islam lain yang tidak memiliki pakaian, nescaya Allah akan memberinya pakaian daripada kehijauan syurga. Mana-mana Muslim yang memberi makan kepada orang Islam yang kelaparan, nescaya Allah akan memberinya makanan daripada buah-buahan syurga. Dan mana-mana Muslim yang memberi minum orang Muslim yang kehausan, nescaya Allah akan memberinya minuman daripada Ar-Rahiq Al-Makhtum (sejenis minuman syurga).”
(HR Abu Daud, daripada Abu Sa’id Al-Khudri)
Rebutlah peluang bulan Ramadan kali ini untuk berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan bersama saudara-saudara kita umat Islam di bumi Afrika. Bersama-sama kami di Aman Palestin dan Insaf Insani, kita bantu mereka yang tidak bernasib baik mendapatkan kehidupan yang lebih berkualiti. Sumbangan anda begitu berharga demi kemuliaan nilai keinsanan. Bulan Ramadan, bulan insaniah & keinsanan!
p/s: Sumbangan juga akan masuk ke tabung kemanusiaan Afrika untuk bantuan selepas Ramadan