SAHAM PELABURAN AKHIRAT TELAGA AIR YAMAN

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membeli Telaga al-Rumah (Telaga Uthman) ini dan mewakafkan airnya kepada orang Muslim, dia akan diberi pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga.”

(HR Bukhari)

Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?”_

Rasulullah S.A.W bersabda “Air…” . Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”

(Hadis Saad Riwayat Abu Daud)

Antara keperluan mendesak di Yaman khususnya di kawasan pelarian dan penduduk di pedalaman ialah sumber air. Sama ada untuk minum, memasak mahupun tandas. Ada kawasan yang pelariannya terpaksa berjalan jauh ambil air dengan mengangkat tong-tong yang berat.

Bagi memudahkan mereka, Aman Palestin telah memulakan projek pembinaan TELAGA di Yaman. Projek pertama ini kami buat di Al Hamiya, Shabwa Setiap telaga bernilai RM135,000 yang turut dilengkapi:

✅ Tangki besar simpanan air

✅ Saluran paip ke rumah

✅ Sistem solar

Para penduduk dan pelarian seramai 500 keluarga boleh mendapatkan air daripada saluran paip ataupun ambil terus dari telaga yang bakal disiapkan dalam tempoh sebulan lebih. Harapan kami, agar bantuan Tuan dan Puan dapat memberikan mereka air bersih.

 

Perkembangan Terkini

Perkembangan terkini projek Telaga di Al Hamiya Shabwa, Yaman. Ketika ini kerja pengalian telaga sedang giat dilaksanakan. Pengalian Telaga ini telah digali dengan kedalaman 6 meter dan air sudah mula mengalir. Kerja pengalian akan diteruskan lagi dengan kedalam 10 ke 12 meter.

 

 

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji

(Surah al-Baqarah: ayat 261)

 

Ayuh bersama menghimpunkan diri dalam melakukan kebaikan. Semoga dalam tangis ada yang sudi menghulur senyuman. Semoga dalam lapar ada yang sudi mengenyangkan. Semoga dalam dahaga ada yang sudi melegakan.