Hospital Aman Palestin, Gaza
(Hospital Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental)
Diriwayatkan dari
Saidatina Aishah r.a. menceritakan:
“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ‘Sesungguhnya
ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap
(ketika hampir matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar
dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku
bersedekah bagi pihaknya?’ Jawab baginda SAW: Ya”
(Riwayat Bukhari)
Setiap nilai ringgit yang anda kongsikan sangat bermakna
Pernahkan kita terfikir, bagaimana cara untuk kita zahirkan tanda sayang kita buat kedua ibu bapa kita?
5 Cara Membalas Jasa Ibu Bapa, Anak Perlu Tahu
1. Hormat ibu bapa
2. Membantu ibu bapa tanpa diminta
3. Meluang masa bersama mereka pada waktu senang dan susah
4. Ajar ilmu agama
5. Berikan hadiah terbaik
Sebaik-baik hadiah untuk mereka adalah menjadi anak yang soleh dan
solehah.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Mungkin ada dalam kalangan kita yang diuji dengan kehilangan ibu bapa. Walau mereka sudah tiada, jangan dilupakan mereka di sana. Teruslah berbakti walau sudah tiada disisi.
“Apabila manusia mati, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang mendoakannya.”
(HR Muslim)
Jom berikan hadiah terbaik buat mereka melalui sedekah anda.
Aman Palestin dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Palestin akan membina Hospital Aman Palestin yang merupakan Hospital Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental yang pertama di Gaza dan juga hospital hasil sumbangan rakyat Malaysia yang pertama di sana.
Hospital pakar psikiatri dan kesihatan mental ini mula dibina pada suku akhir tahun 2021 dan memerlukan kos
sebanyak RM 20 juta
Mengapa Hospital Aman Palestin diperlukan di Gaza?
Sehubungan itu, Hospital Aman Palestin akan memenuhi keperluan masyarakat di Gaza bagi
mengatasi masalah psikiatri dan mental yang semakin meruncing di sana.
JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA!
HANYA 10,000 LOT UNTUK ANDA REBUT BAGI TURUT SERTA DALAM PEMBINAAN HOSPITAL INI.
BERSAMA KITA BANTU MEREKA MENERUSKAN HIDUP YANG LEBIH BAIK, INSYAALLAH
PAHALA MENGALIR BERTERUSAN UNTUK KITA TANPA SEDIKIT PUN RUGI AKAN TABUNG AKHIRAT INI
Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.
Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.